IKRIMAH bin Abu Jahal menjadi tokoh yang awalnya memusuhi Islam. Namun, kemudian dia menjadi pembela hingga syahid. Ikrimah merupakan seorang pemuda Quraisy yang gagah berani.
Beliau lahir dari keturunan bangsawan Quraisy. Sangat dihormati dan dipandang mulia oleh penduduk Mekah pada masa itu. Beliau juga merupakan seorang penungang kuda yang sangat mahir.
Baca Juga: Ikrimah, Yang Paling Mengerti Tentang Kitab Allah
Ikrimah bin Abu Jahal, dari Memusuhi Islam sampai Menjadi Pembela Islam hingga Syahid
Ikrimah menolak dakwah Islam kerana terpengaruh dengan sikap ayahnya, Abu Jahal yang menentang Islam. Beliau juga sangat memusuhi Rasulullah SAW dan menyiksa umat Islam yang lain.
Perang Badar menyaksikan Ikrimah menjadi sayap kanan pasukan ayahnya. Namun, Abu Jahal terbunuh dalam peperangan tersebut. Tambah malang lagi hal itu disaksikan sendiri oleh Ikrimah. Namun ia tidak mampu berbuat apa-apa kerana mau menyelamatkan diri sendiri.
Sejak kematian ayahnya, kebenciannya pada Islam semakin menebal. Kali ini bukan kerena benci terhadap Islam, tetapi kerana ingin membalas kematian ayahnya itu.
Dalam beberapa peperangan melawan kaum muslimin, beliau berada diantara barisan depan. Perang Uhud menyaksikan Ikrimah menjadi sayap kiri pasukan Quraisy manakala Khalid al-Walid menjadi sayap kanan memimpin pasukan berkuda. Kedua panglima ini gagah memecah belahkan tentera Islam.
Perang Khandak menyaksikan beliau diantara yang semangat ingin memecah banteng pertahanan tentera Islam Madinah pada masa itu. Setiap hari beliau berputar sekitar parit untuk mencari jalan hendak menembusi Madinah.
Ketika pembukaan kota Mekah berlangsung, Ikrimah mengambil keputusan melawan tentara Islam yang hendak masuk ke Mekah. Ikrimah mengumpulkan pengikutnya untuk menyerbu tentara Islam yang masuk ke Mekah.
Namun, ia sangat terkejut melihat Khalid al-Walid yang menyerbunya ketika itu. Namun, beliau tetap bertekad melawan Islam. Akhirnya tentaranya tewas. Ikrimah sempat melarikan diri.
Beliau merasa sangat menyesal pada masa itu. Mekah tidak lagi aman baginya. Beliau akhirnya menuju ke Yaman.
Ummu Hakim, istri Ikrimah sangat bimbang akan keadaan suaminya. Beliau kemudian mendapat kabar suaminya di Yaman. Beliau ditemani pembantunya, seorang yang berbangsa Rum, untuk menemaninya sampai ke Yaman.
Namun, dalam perjalanan, pembantunya itu merayunya berbuat maksiat. Tetapi Ummu Hakim sangat setia pada suaminya. Selain itu, dia dapat menanganinya dengan bijaksana. Dia memberi harapan dengan mengulur-ulur waktu sambil meneruskan perjalanan.
Sesampai di sebuah perkampungan Arab, Ummu Hakim segera meminta tolong kepada penduduk disitu dan menyatakan niat jahat pembantunya itu. Pembantunya itu akhirnya ditangkap. Dapatlah Ummu Hakim meneruskan perjalanannya dengan aman.
Akhirnya Ummu Hakim bertemu dengan suaminya di Pantai Laut Merah. Mereka berpeluk kegembiraan. Ummu Hakim meminta suaminya untuk pulang bersamanya ke Mekah. Sambil menyatakan Rasulullah sudah mengampuni kesalahannya itu.
Ikrimah dengan senang hati mengikut isterinya pulang ke Mekah. Dalam perjalanan pulang, Ummu Hakim menceritakan perihal pembantunya kepada Ikrimah. Mereka kemudian singgah di perkampungan Arab tersebut.
Dikarenakan terlalu marah dengan pembantunya itu, Ikrimah mengambil keputusan membunuh pembantunya itu. Mereka seterusnya meneruskan perjalanan ke Mekah.
Sesampainya Ikrimah dan istrinya disambut oleh Rasulullah dan para sahabat. Mereka seolah-olah sudah menduga kedatangan Ikrimah ke Mekah. Baginda Rasulullah gembira dengan kedatangan Ikrimah tersebut.
Lantas, di hadapan baginda, Ikrimah mengucap dua kalimah syahadah. Ikrimah berjanji akan mengubah perangainya dan bersedia membela Islam dengan tangannya.
Beliau ingin bertaubat dan menebus kekhilafannya yang dulu. Ternyata, Ikrimah menepati kata-katanya itu. Jika dulu hidup dan matinya melawan Islam, kini beliau berjuang mati-matian mempertahankan kalimah tauhid Islam.
Perang Yarmuk menyaksikan tentara Islam diserang bertubi-tubi oleh tentera Rum. Ikrimah kemudian maju kedepan menyerang tentera Rum yang sedang menggila. Beliau menghalau pasukan musuh yang sedang menyerbu kedepan.
Akhirnya, beliau gugur dalam peperangan tersebut. Meskipun demikian, tentara Islam berjaya mendapat kemenangan yang gemilang. [Cms]
Sumber : http://www.islam2u.net