ADA sebuah kisah Abu Bakar yang takut dihisab. Saking takutnya, dijelaskan bahkan beliau pernah berandai-andai menjadi sehelai rumput atau sebatang pohon. Kedudukan beliau sebagai ahli surga sudah pasti.
Nabi sendiri pernah memberi berita gembira kepada beliau tentang kedudukan beliau di dalam surga. Akan tetapi, Abu Bakar masih tetap takut ketika dihisab nanti.
Baca Juga: Kisah Abu Bakar dan Rasulullah Berdua di Dalam Gua
Kisah Abu Bakar yang Takut Dihisab
Baginda pernah bersabda, “Abu Bakar ialah orang yang mula-mula sekali akan memasuki surga di kalangan umatku.”
Walaupun mempunyai segala kelebihan ini, kadang-kadang beliau berkata. “Alangkah baik andainya aku sebatang pohon yang akan ditebang.”
Kadang-kadang beliau berkata. “Alangkah baiknya jika aku sehelai rumput yang akan dimakan oleh hewan temak.”
Kadang-kadang beliau berkata. “Alangkah baiknya jika aku sehelai bulu di badan seorang mukmin.”
Pada suatu ketika beliau telah memasuki satu kebun dan melihat seekor hewan sedang duduk. Beliau menghela nafas panjang sambil berkata, “Betapa gembira hidupmu. Kamu makan, kamu minum. kamu ke sana dan ke mari di bawah naungan pohon-pohon dan di akhirat nanti tiada sebarang penghisaban pun ke atasmu.
Alangkah baiknya kalau Abu Bakar seperti kamu.” [Tarikhul Khulafa’]
Abu Bakar Bertengkar
Rabi’ah Aslami menceritakan, “Pernah sekali berlaku pertengkaran antara saya dengan Abu Bakar karena sesuatu perkara. Beliau telah mengatakan sesuatu yang kasar terhadap saya yang saya tidak suka.
Beliau segera menyedari keadaan itu dan berkata kepada saya, “Engkau pun katakanlah perkataan itu kepada saya supaya menjadi balasan terhadap saya.
Saya enggan mengatakan perkataan itu. Maka beliau pun berkata, “Sama ada engkau katakan perkataan itu kepada saya atau pun saya akan pergi dan ajukan perkara ini kepada Rasulullah.
Saya tetap enggan daripada menyuarakan sembarang jawaban. Lantas beliau bangun dan terus pergi.
Beberapa orang daripada Bani Aslam datang dan berkata, “Adakah ini satu perbuatan yang wajar? Dia yang membuat kesilapan dan dia juga yang Ingin adukan kepada Rasulullah.”
Saya menjawab, “Adakah kamu mengetahui siapa beliau? Beliaulah Abu Bakar Siddiq:
Sekiranya beliau merajuk denganku maka Rasul yang dikasihi Allah juga akan memarahi aku. Dengan kemarahan Baginda, Allah akan memurkai aku. Jika demikian, tidak ada apa-apa keraguan lagi pada kebinasaan Rabi’ah.”
Selepas itu saya pergi menemui Rasulullah dan menceritakan peristiwa tadi. Baginda pun bersabda, “Tindakan kamu itu betul, memang sepatutnya engkau tidak menjawab dan tidak membalas terhadap, beliau.
Cuma sebagai ganti katakanlah, “Wahai Abu Bakar, semoga Allah mengampuni kamu.”
Sumber : http://www.islam2u.net