ChanelMuslim.com – Akhirnya, pada hari ketujuh setelah kelahiran putri pasangan Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mereka mengumumkan nama putrinya mereka.
Siti Aafiyah Binti Kholid merupakan pilihan nama yang mengandung doa dari kedua orang tuanya.
Dalam majlis Aqiqah dan Tahnik yang digelar di kediaman mereka pada Minggu (26/3) dihadiri oleh keluarga, sahabat dan para undangan.
Dalam akun Instagramnya @ctdk aktif mengunggah dan menulis tentang Putri yang sudah dinanti selama 11 tahun ini.
Siti berbagi screenshoot mengenai postingan dari Dr Zulkifli Mufti Wilayah Persekutuan yang menulis mengenai makna dari nama Siti Aafiyah Binti Kholid.
Berikut makna dari nama Siti Aafiyah yang ditulis oleh Dr Zulkifli Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia di akun Fanpage Facebook nya pada 26 Maret 2018 pukul 13.29.
“APA KEISTIMEWAAN PADA NAMA ‘AFIAH (عافية)?
Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Maulid Nabi, Aqiqah dan Tahnik bagi Siti Aafiyah binti Khalid, puteri Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Penghargaan juga kepada Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa atas kesudian bertandang ke pejabat saya tempohari untuk menjemput saya ke majlis beliau serta membincangkan sedikit perihal kesesuaian nama Siti Aafiyah,” tulis Dr Zulkifli di kalimat awal pembuka tulisannya.
Majlis yang diadakan semalam, sungguh sempurna pada pandangan Dr Zulkifli.
” Tazkirah yang saya sampaikan semalam adalah tentang anak sebagai anugerah daripada Allah Subhanallahu Wa Taala dan pesanan serta panduan kepada ibu bapa untuk mendidik anak-anak dengan acuan agama. Boleh tonton di Instagram story saya (http://www.instagram.com/drzulkifli.albakri) ataupun di Facebook saya (http://facebook.com/drzulmuftiwp),” ungkapnya.
SementaraPerihal Nama Aafiyah (عافية), sebut Dr Zulkifli bahwa Pengertian ‘afiah dalam Islam luas cakupannya luas baik di dunia, maupun di akhirat.
“Secara umumnya, ‘afiah adalah perlindungan Allah Subhanallahu Wa Taala bagi hamba-Nya daripada pelbagai penyakit dan bencana yang telah berlalu, mahupun akan datang, di dunia dan akhirat. Maka, orang yang mendapatkan kurnia ‘afiah, maka dia telah mendapat kebaikan yang sempurna,” katanya.
[gambar1]
Terdapat satu doa yang disarankan oleh Nabi Shallahu Alaihi Wasallam sebagaimana yang dinukilkan oleh al-Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Azkar.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ ، فِي دِينِي ، وَدُنْيَايَ ، وَأَهْلِي ، وَمَالِي ، اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي ، وَآمِنْ رَوْعَاتِي ، اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنَ يَدَيَّ ، وَمِنْ خَلْفِي ، وَعَنْ يَمِينِي ، وَعَنْ شِمَالِي ، وَمِنْ فَوْقِي ، وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) dalam agamaku, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah, tutupilah aibku dan berilah ketenteraman di hatiku. Ya Allah, jagalah aku; dari depan, belakang, kanan, kiri, dan atasku, serta aku memohon perlindungan dengan keagungan-Mu agar tidak disambar dari bawahku.”
(Riwayat Abu Daud, no. 5074)
Ibn Umar menyatakan: “Rasulullah Shallahu Alaihi Wassalam tidak pernah meninggalkan doa-doa ini ketika pagi dan petang.”
Justeru, bacalah doa ini pada waktu pagi dan petang, sebagaimana amalan Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam.
Dalam hadis yang lain, Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam menegaskan:
سَلُوْا الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فَإِنَّ أَحَدًا لَمْ يُعْطَ بَعْدَ الْيَقِيْنِ خَيْرًا مِنَ الْعَافِيَةِ
Maksudnya: “Mintalah keampunan dan keselamatan (‘afiah) kepada Allah Subhanallahu Wa Taala. Sesungguhnya seseorang tidak diberikan pemberian setelah keyakinan yang lebih baik dari keselamatan (‘afiah)”
(Riwayat al-Tirmizi, no. 3558)
“Moga-moga Siti Aafiyah membesar menjadi Muslimah yang solehah. Berbakti kepada ibu bapanya, keluarga, masyarakat, negara dan agama. Wallahua’lam.
Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan,” tutup tulisannya. (jwt)